Rakyat Malaysia Memang Pemurah, Mari Bantu Adik Ammar
Mari Bantu Adik Ammar! Itu yang aku nak bagitau pada entri kali ini. Just keep it short and simple. Tadi aku belek belek dekat GengBlogger.com, pastu tepanggil pulak rasa nak tulis entri ni. Kempen Bantu Adik Ammar adalah satu satu Projek Amal Nuffnang, A Nuffnang Charity Project, untuk bantu Adik Ammar yang menghidap masalah jantung (PDA) pada umur 2 tahun. Kos rawatan untuk penyakit si kecil ini mencecah RM12 000.00. Anda boleh baca blog ibu Adik Ammar untuk bacaan lanjut.
So aku harap dengan kempen ni kita sama sama buktikan yang rakyat Malaysia betul betul pemurah dalam bantu Adik Ammar untuk kehidupan beliau yang lebih baik, untuk masa depan anak yang berumur 2 tahun. Apa yang anda perlu lakukan adalah sangat mudah. Anda hanya perlu letakkan banner di bawah dekat mana mana area di dalam blog anda, yang penting ianya visible dan mudah dilihat. Size pulak terpulang dengan budi bicara anda. Setiap banner yang diletakkan di dalam blog anda, ianya akan menyumbangkan RM1 untuk bantu Adik Ammar. Mari Blogger! Sama sama kita kembangkan kempen ini.
Masih tak faham? Layari blog Hydir.com untuk penerangan lebih jelas.
Atau, korang boleh buat sumbangan terus ke akaun ibu Adik Ammar. Akaun adalah seperti berikut.
Nama Akaun : Azmaniza Mohamad Kamal
Maklumat Bank : Maybank (514093114912)
Apa sahaja sumbangan korang untuk bantu Adik Ammar, moga moga ianya dapat membantu Adik Ammar. Boleh post kat friendster, facebook, twitter ataupun apa sahaja medium untuk mengembangkan lagi kempen bantu Adik Ammar.








