debit card | autoresponder | ebook | open university malaysia
Askum wbt.
Tak banyak yang nak dicoretkan, just nak buat note sikit things to be done by next week. Banyak lagi benda yang perlu di uruskan tentang website www.syedakmal.com ni. So ni adalah benda yang mesti diuruskan minggu depan sebelum proses menaik taraf website www.syedakmal.com hehehe.
1. Debit Kad
Debit kad ni untuk kegunaan proses pembayaran melalui matawang USD. Guna debit kad sebab tak kerja lagi kan so tak nak la apply kredit kad, leceh. Tadi saya buat selidik & baca sikit sikit, Maybank debit kad mcm tak boleh nak guna untuk sebarang pembayaran online untuk sekarang ni, so maybe try Al Rajhi debit kad or Public Bank.

2. Autoresponder
Autoresponder adalah servis yang kita langgan supaya boleh buat hantaran email secara pukal (bulk) ataupun emel newsletter, buat survey & RSS to emel. Ringkas nya autoresponder adalah servis untuk marketing tools melalui emel. Ada banyak pilihan untuk servis autoresponder seperti Aweber, Trafficwave ataupun Getresponse. Ada yang charge mahal, ada yang charge berpatutan. So, kena pandai pilih la.
3. Ebook
Saya ada beberapa keping ebook yang ada potensi untuk di jual. Tapi masalah nya banyak yang perlu di pelajari tentang pemasaran, penyediaan website, proses pembayaran & penghantaran dan kemaskini ebook. So harap harap dalam bulan November nie sekurang kurang nya 1 ebook akan di pasarkan.
Ni lain dari yang lain. Hehe. Bulan lepas saya ada apply untuk Open University tapi di reject atas sebab borang permohonan tidak lengkap. Ni pun baru balik dari interview so tak sempat lagi nak uruskan, Isnin ni kena uruskan cepat. Proses pembelajaran tidak boleh dihentikan. Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Hahaha.
5. Belajar
Banyak lagi yang perlu di belajar tentang HTML dan website building.
Nanti la update lagi, nak keluar makan. Its weekend my friend!








