www.syedakmal.com | jana wang dengan internet | blogging for fun

By syedakmal On November 9, 2009 Under my personal life

9 NOV 2009 tarikh keramat untuk saya. heheh. sebab apa? sebab ini lah impian saya selama ini untuk menghasilkan satu website saya sendiri. Maka dengan usaha dan tunjuk ajar rakan rakan IM seperti saudara Ridzuan Richie dan saudara Fadhi Ghazali maka terhasil lah www.syedakmal.com.

Hmm. sebenarnya dah lama saya menyimpan angan angan ini tapi sebab dunia siber ini luas dan tak tahu nak start dari mana. Adsense, Affliate, Ebay, Clickbank, GDI dan bermacam macam lagi yang boleh di explore. Tetapi bak kata saudara Richie, yang penting domain dulu. Maka dengan itu terhasil lah domain ni dengan modal yang berpatutan. hehe.  InsyaAllah lepas ini saya akan explore satu persatu dan belajar banyak lagi tentang ilmu alam siber. Harap harap dapat tunjuk ajar dari otai otai IM.

So dalam artikel yang pertama ini saya ingin menulis tentang bagaimana untuk menjana wang melalui internet dan perkara-perkara yang harus anda elakkan.

1. Menjaga Kualiti Laman Web Anda

Bagi pendapat saya, laman web tidak semestinya harus mempunyai design design dan susun atur yang amazing atau fantastic. Yang penting adalah isi di dalam nya yang bernas kerana para pembaca membaca blog adalah untuk mengetahui sesuatu perkara atau mempelajari sesuatu ilmu baru. Tanpa mengira anda adalah Internet Marketer (IM) sepenuh masa atau pun separuh masa, yang penting anda harus fokus terhadap isi dan kandungan setiap artikel yang dihasilkan.  Untuk membuka atau pun membeli domain dan hosting sesuatu blog, anda haruslah mengetahui perkara asas tentang dunia siber. Dengan membeli ebook, anda akan dapat memperolehi byk maklumat asas yang WAJIB di miliki sebelum memulakan langkah pertama anda dalam dunia siber. Contohnya ebook Pakej Lengkap Kit Blogger adalah amat berguna untuk newbie dalam dunia IM. Dengan hanya RM20, anda dapat memperolehi begitu byk ilmu ilmu asas.

2. Menyertai Program Affliate

Anda ada masa dan ingin menjana wang online tetapi tidak mempunyai produk untuk di pasarkan? Atau, anda ada laman web tetapi hanya lah laman web sosial seperti Facebook, Twitter atau pun Myspace. Pertimbangkan untuk menjana wang tanpa memerlukan produk ataupun website dengan menyertai program Affliate.

Kebanyakan program affiliate mempelawa sesiapa yang tidak mempunyai laman web untuk menyertai program ini dengan hanya mempromosi produk ataupun servis melalui email, atau mempromosi melalui rangkai affiliate anda. Kebanyakannya juga akan menawarkan anda laman web affiliate secara percuma, yang bukan “laman web”anda secara sah, tetapi disediakan hanya bertujuan menjual produk syarikat.

Jangan menyertai banyak program affiliate, dan melimpahi laman web anda dengan pelbagai sepanduk affiliate. Pilih program affiliate yang diingini pelawat, dan juga rakan anda. Pastikan anda membaca cetakan yang bagus dalam program affiliate ini berdasaran bayaran perujuk per transaksi, amaun pengumpulan minima bagi pembayaran, pembahagian komisen pelanggan, dan latarbelakang syarikat. Ada program Affliate yang memberi bonus komisyen sehingga 75%. So untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Affliate, klik SINI.

3. Ebay

Sebut sahaja ebay, saya pasti anda akan memikirkan ‘leceh la, kena cari produk’, ’susah la nak kena register, kena bina populariti dalam ebay’, ‘tak ada produk la’. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Untuk pengetahuan anda, ada di antara otai otai dalam ebay yang menjana bepuluh puluh ribu sebulan tapi tak ada sentuh pun produk. Diorang hanya menjadi orang tengah antara penjual online dan pembeli. Tetapi masih lagi boleh berjaya. Nak tahu bagaimana? Baca buku Panduan & Teknik Rahsia Ebay.

4. Adsense

Apabila anda ada website sendiri, anda boleh la menyertai program adsense. Apa itu Adsense? Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Apabila anda menyertai Adsense, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu. Berapa anda dapat untuk satu satu klik berbeza beza mengikut berapa yang pengiklan bayar. Ada sesetengah iklan itu murah kliknya. Ada pula iklan-iklan yang mahal kliknya. Dengan klik pun boleh dapat duit kan, ini lah bukti betapa luas nya dunia internet. Ada yang berjaya, tetapi ada yang tidak dengan program Adsense. Yang penting adalah anda mempelajari teknik yang betul dan mempraktikkan dengan berkesan. Nak tahu teknik Adsense? Klik SINI.

Banyak kan? Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk korek duit dari internet. Saya bagi 4 dulu la, nanti saya akan huraikan yang selanjut nya. Nasihat saya adalah fokus dengan apa yang anda lakukan. Dan, yang penting, jangan lokek untuk mengeluarkan duit untuk ilmu. Harga ebook biasanya adalah RM30-RM50. Berapa sangat lah RM50 untuk ilmu pengetahuan. Kalau pergi shopping complex, Rm50 untuk sehelai baju je. Hmm.

So, until next time, GOOD DAY!

Related Posts with Thumbnails

Bookmark

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated