Panduan Daftar Google Adsense
Salam. Lama sangat dah tak update blog ni, 4 hari internet problem. Ni baru dapat nak online.
So artikel kali ni nak share sikit Panduan Daftar Google Adsense. Ramai yang masih buntu dan masih blur langkah langkah untuk daftar Adsense. So kat sini nak share sikit, dengan harapan dapat membantu.
Apa itu Google Adsense? Google Adsense adalah satu program yang disediakan oleh Google kepada pemilik blog/website untuk menempatkan iklan iklan Google di mana mana tempat di dalam website mengikut pilihan anda sebagai pemilik blog/website. Dan, pemilik blog akan dapat duit daripada setiap klik pembaca atau sesiapa yang melayari website.
Untuk apply akaun Adsense, ianya bukan mudah tetapi jika mengikut teknik dan cara yang betul, permohonan anda akan diluluskan oleh Google dengan cepat. Melalui artikel ini, saya akan tunjukkan kepada anda langkah langkah yang betul untuk memohon akaun Google Adsense.
Ini adalah secara ringkasnya langkah langkah yang perlu anda ikuti untuk daftar akaun Google Adsense:
1. Daftar akaun blogger.com
2. Masukkan artikel di blog anda
3. Mohon akaun Google Adsense
Daftar akaun Blogger.com
Syarat paling penting untuk meluluskan akaun Adsense anda adalah anda mesti mempunyai blog sendiri. Jadi blogger .com adalah paling sesuai untuk anda jadikan personal blog untuk apply akaun Adsense. Mudah, cepat dan murah.
Pergi ke www.blogger.com dan anda akan lihat seperti kat bawah ni. Klik Create a blog.
Isi maklumat yang berkaitan, guna email yang anda dah daftar di www.gmail.com, dan jgn lupa pulak password.
Setelah selesai isi semua tu, klik CONTINUE. Anda kemudian hendaklah pilih nama blog dan pastikan nama blog dan juga artikel anda nanti dalam bahasa Inggeris. Ini mempercepatkan permohonan anda untuk diluluskan.
Tahniah! Anda kini ada blog sendiri. Kini apa yang perlu anda lakukan anda letak artikel di dalam blog anda.
Masukkan Artikel di Blog Anda
Pergi ke www.ezinearticles.com. Anda boleh dapatkan pelbagai artikel mengikut pilihan anda. Copy artikel tersebut di blog anda tadi. 1 artikel untuk 1 post. Kumpul sehingga blog anda mempunyai 7-10 post.
Syarat: Masukkan sekali nama dan website/blog penulis artikel tersebut. Hormatilah hakcipta mereka.
Mohon Akaun Google Adsense
Pergi ke www.google.com/adsense untuk daftar akaun Google Adsense anda. Klik SIGN UP NOW.
Isikan maklumat anda dekat bawah ni.
Website URL : blog anda tadi di blogger.com
Website Language : English – English
Account Type : Individual
Country : Malaysia
Isikan Payee Name (Nama yang sama dengan akaun bank anda), Address & phone number. Untuk phone number, jgn lupa letak +601x-xxxxxxx.
Lepas dah selesai semua, klik SUBMIT INFORMATION.
Selesai
Apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah tunggu untuk reply dari Google. Biasanya mengambil masa 2-4 hari. Kerap cek emel Gmail korang.
SEMOGA BERJAYA!












