Mengapa Perniagaan Internet?
Salam,
Lama dah rasanya tak update blog. busy dalam seminggu ni ada projek sikit lepas tu nak fokus kat bisnes GDI. Alhamdulillah capai sasaran bulan Januari dan semoga ianya terus berkembang. Saya yakin dengan perniagaan yang saya lakukan sekarang.
So hari ni nak tulis artikel pendek je la tentang perniagaan internet. Oleh itu, Mengapa Perniagaan Internet? Mesti ramai yang tertanya tanya mengapa sekarang ni ramai dah mula melibatkan diri dengan perniagaan internet. Malah ada yang masih tak yakin lagi bahawa perniagaan internet memang betul betul boleh buat duit, seperti perniagaan dapatwang.com dan Global Domains International. 2 contoh ini adalah dari diri saya sendiri sebab saya sendiri yang telah mencubanya.
Mengapa saya sendiri dan Internet Marketer dekat dunia siber buat perniagaan internet? Mengapa?
- Modal Perniagaan Rendah. Ini merupakan sebab UTAMA mengapa saya buat perniagaan internet. Jika dibandingkan dengan perniagaan Offline dekat luar sana, memang tak mampu la kan. Perniagaan internet, student student IPT pun boleh buat duit. Contohnya, saudara Labanon, umur 17 tahun jana RM10 ribu sebulan. Perniagaan internet anda boleh mulakan dengan bermodalkan RM35 sahaja sebulan. Kos yang rendah untuk mulakan bisnes kan?
- Prospek & Pelanggan. Anda boleh dapat prospek untuk barang barang atau servis yang anda tawarkan dari seluruh dunia. Bayangkan 50 juta orang online sehari, jika hanya 0.001% berminat dengan perniagaan anda, itu hanya 50 000 orang. Ya 50 000 orang berminat. Bukan kah itu sudah cukup berbaloi dengan bisnes yang anda tawarkan?
- Kos Pemasaran Rendah. Pemasaran untuk perniagaan internet sama penting dengan iklan iklan perniagaan secara offline di luar sana. Tapi, yang uniknya pemasaran produk atau perkhidmatan anda memerlukan kos yang sangat rendah. Jika bertuah, anda akan menjumpai laman web pengikalan percuma. Anda juga boleh buat pemasaran percuma melalui forum, blog, laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagai nya.
- Mudah. Ya perniagaan Internet memang mudah, sangat mudah. Yang penting adalah keazaman dan disiplin untuk anda benar benar berjaya. Budak sekolah, pelajar universiti atau pekerja kerajaan semuanya boleh buat perniagaan internet. Terpulang kepada anda nak buat secara Full time ataupun Part time. Kuasa di tangan anda.
Inilah antara kelebihan perniagaan internet yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan perniagaan internet anda. Pastikan anda buat kajian atau tanya rakan rakan sebelum memulakan apa apa perniagaan internet.









21/12/2009
21:09
Yup nang bisnes internet banyak kelebihan nya. Apa pun selamat berkenalan
[Reply]
syedakmal Reply:
December 21st, 2009 at 21:23
Ok selamat berkenalan.
[Reply]
21/12/2009
22:34
satu lagi perniagaan menggunakan medium internet nie masih kurang persaingannya itu yg mudah kiter nak marketkan produk kita
[Reply]
syedakmal Reply:
December 22nd, 2009 at 09:58
setuju setuju. itulah kehebatan perniagaan internet.
[Reply]
26/12/2009
00:55
sy minat bisnes internet sbb..
modal tak besar sangat untuk permulaan..
lg satu jimat tidak perlu keluar rumah sgt jumpa pelanggan..
[Reply]
syedakmal Reply:
December 26th, 2009 at 00:58
mudah dan murah. kan bro? yang penting kena ada kegigihan.
[Reply]
26/12/2009
00:57
Bisnes internet bisnes yang paling best saya buat setakat ni. Sekarang pun rasa nak tetap buat ni je.
[Reply]
syedakmal Reply:
December 26th, 2009 at 00:59
buat tetap. kalau tak pun side income je. sehari 2 jam depan laptop cek settings and website pun dah ok.
[Reply]