Buat Duit Dengan Fiverr.com

By syedakmal On June 4, 2010 Under internet marketing

Salam,

Lama dah tak update blog. 2-3 minggu rasa macam malas pulak nak update, pastu banyak travel Kuching ke KL so memang jarang online. Pastu busy jugak dengan satu projek baru. :)

So balik ke artikel kali ini, iaitu tentang Buat Duit dengan Fiverr.com. Dulu aku pernah share tentang Apa Itu Flippa & Tips Mudah Buat Duit dari Flippa dan sekarang aku nak share tentang Fiverr pulak. Ramai yang bagitau susah nak buat duit online, malas, banyak kena belajar la. So pendapat personal aku, cara paling mudah nak buat duit adalah bekerja sebagai freelancer.

Freelancer: a writer or artist who sells services to different employers without a long-term contract with any of them.

So sebagai freelancer, korang tak attach dengan mana-mana group or company, takde syarat nak kerja (kalau ada masa, buat, kalau takde, takyah buat hehe) pastu korang boleh pilih apa nak buat. Pastu yang paling senang tentang Freelance, korang takyah ada website sendiri, tak perlu belajar macam-macam seperti Website Flipping, Search Engine Optimization (SEO), Adsense, CPA, Affiliate ataupun banyak lagi kaedah buat duit online. Apa yang korang perlu buat adalah fokus apa yang korang pandai. So kalau pandai & rajin buat artikel, buat freelance sebagai article writer (memang banyak demand sekarang), ataupun korang pandai design, buat freelance sebagai designer dan sebagainya.

So kali ni aku nak fokus tentang Fiverr.com.

Apa itu Fiverr.com? Kalau nak quote dari website Fiverr.com, iaitu ‘The place for people to share things the are willing to do for $5‘. So dari sini, korang dapat fahamkan dekat Fiverr.com ni apa-apa freelance job yang korang tawarkan, nilai adalah $5. Maybe $5 bagi sesetengah orang adalah kecik, tapi bayang jika korang dapat 10 job sehari, bersamaan 300 job sebulan. Korang akan dapat kumpul $1500 (RM5000) hanya dari freelance dekat Fiverr.com.

Apa yang nak ditawarkan? Ok, korang power tentang apa? Tulis artikel? Designing? Apa-apa je yang korang pandai buat, try iklankan dekat Fiverr, free je pun. Ataupun try to be something unique. Pergi kat fiverr, cek apa yang orang lain tawarkan, pastu cek yang mana dapat feedback yang tinggi, yang mana dapat view tertinggi dsb. Dari situ korang dapat cek yang mana dapat demand tertinggi. Be creative ok? :D

Nak bukti? Boleh, takde masalah. Hehe. Kat bawah ni screenshot kat emel aku order yang aku dapat dari Fiverr.

Bawah ni beberapa sample freelancer dekat fiverr yang unik maybe boleh cetus idea untuk korang dekat fiverr. :)

‘I will call you on the phone and sing happy birthday to you in Hebrew for $5′. Yang ni pun boleh buat dengan caj $5, takkan korang tak boleh kot?

So, apa nak buat sekarang? Perah otak korang, fikir idea yang kreatif & selamat berFiverr. :)

p.s: Esok eBook Rahsia Flippa akan dinaikkan harga ke RM100 seperti yang aku pernah janjikan. So kalau nak buat duit *lumayan* dari internet, dapatkan Rahsia Flippa sekarang pada harga hanya RM60.

p.s.s: Nak tahu teknik mudah tulis artikel dalam english? Apa kata korang baca review aku tentang perisian terbaru di sini.

Related Posts with Thumbnails

Bookmark

1 Trackback

  1. Fiverr, I LOVE YOU • SYED AKMAL
    June 7, 2010 11:59 PM


7 Comments Add yours

  1. zai
    08/06/2010
    11:16

    salam syed kamal..terima kasih ttg perkogsian blog nie..ia betul bermafaat kerana ilmu yg disampaikan adalah ilmu IM yg terbaru..sy akan terus mengikuti blog nie..

    [Reply]

    syedakmal Reply:

    thanks. btw nama sy syed akmal bukan syed kamal. :)

    [Reply]

  2. ismail
    10/06/2010
    13:04

    nampak senang gak tu… tapi macam mana saya nak mulakan? Macam mana nak masuk ke fiverr dan mula buat duit kat sana :)

    [Reply]

    syedakmal Reply:

    Nak mulakan senang je, just masuk ke Fiverr.com pastu leh baca-baca dekat sana camne nak start. :)

    [Reply]

  3. exceller
    27/06/2010
    09:17

    Terima kasih atas perkongsian ni.
    Ni ada satu lagi website yang lebih kurang macam Fiverr, namanya Tenyt.com Bezanya harga satu jpb ialah $10
    Boleh cuba tengok kat sini http://bit.ly/jointenyt

    [Reply]

  4. aqmar
    17/07/2010
    15:16

    Salam.. mcm menarik je website yg diadangkan Syed tu.. seminggu dua ni tgh dok pening pale fikir nak tambahkan pendapatan dgn cara mudah. Al maklumlah, nak buat kerja sampingan memang tak sempat..keje hakiki pun terkejar2.. :) Terima kasih ttg artikel ni..ok..saya try dulu masuk fiver.com tu, dan tq juga buat Exceller for Tenyt.com tu..i’ll try both..
    Sharing is caring kan.. Kalau ada berita baik, insyaAllah saya akan kongsikan kat sini… :)
    Doakan kejayaan saya ye..

    [Reply]

  5. aqmar
    17/07/2010
    20:14

    Salam… saya lagi.. :)
    Hmm..saya ni tersangatlah buta it.. pakai facebook je pandai.. tapi perkara2 ttg it yg terkini..mmg saya buta.. hehe..maklumlha..sibuk sgt kerja..sampai takda masa nak updatekan diri dgn perkara2 terkini… Hmm..saya dah masuk kat website fiverr..dan tenyt tu… mmg menarik..dan saya pun dah ada idea yg creative, simple dan tak memerlukan byk masa utk menghasilkannya.. ye lah..bak kata syed..BE CREATIVE.. perkara simple bg kita, mungkin susah bg org lain..

    So..saya ada beberapa soalan nak mtk tolong sape2 jawabkan :
    1. selamat ke pakai paypal ni?
    2. Kalau saya verified pakai credit card atau debit card, mana yg better.? (saya tak berani nak guna credit card, dan debit card, nampaknya kena ambil masa pula nak g buat kat bank…:) )
    3. syed dan exceller mesti dah biasa dgn online bussiness ni.. ada masalah tak utk keluarkan duit dr paypal tu?

    Harap dapat membantu… :) terima kasih ya ..

    [Reply]

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated