Buat Duit dengan Blog
Ada yang buat blog untuk jadikan diari, ada juga yang buat blog untuk kongsi ilmu dan ada yang buat blog untuk bergossip. Walau apa pun tujuan anda buat blog, apa salahnya anda selitkan plugin atau program program yang boleh anda buat buit. Nak join free je, malah anda yang dapat keuntungan dari website atau blog anda. Mudah kan?
So di sini saya senaraikan beberapa plugin ataupun program yang anda boleh aplikasi atau gunakan untuk buat duit dengan blog.
1. PPC Advertising Networks
Contoh paling mudah adalah Google Adwords, dan ada juga contoh contoh lain. Apa yang anda perlu lakukan adalah sign up dan hanya paste beberapa coding mudah dalam website anda. Google akan letakkan beberapa iklan, dalam bentuk gambar ataupun text yang bersesuaian dengan niche website atau blog anda. Setiap klik yang dibuat oleh pembaca, anda akan dapat jumlah tertentu.
Keuntungan atau jumlah yang dapat anda lakukan bergantung kepada traffik website anda dan juga click-through rate (CTR) ataupun cost per click (CPC). Traffic juga bergantung kepada niche website anda. Contoh niche yang profitable adalah mortgages, financial products ataupun berkenaan college education.
Contoh popular CPC advertising program adalah:
2. Banner Advertising
Jual ruang pengiklanan adalah cara mudah untuk jana wang dengan website anda. Harga setiap ruang pengiklanan adalah bergantung kepada traffic dan size yang anda sediakan. Format banner yang biasa digunakan adalah 728 x 90 leaderboard, 120 x 600 skyscraper, 300 x 250 rectangle dan 125 x 125 button.
Apa yang perlu anda titik beratkan adalah anda perlu traffic yang ramai supaya dapat charge setiap banner dengan harga tinggi, dan anda perlu luangkan masa untuk handle proses jualan, banner dan pembayaran.
Link berkaitan:
- How to Find Advertisers for Your Website
- Finding Advertisers for Your Blog
- Direct Advertising Sales for Beginners
3. Affliate Marketing
Affliate Marketing adalah cara mudah untuk jana wang dengan internet. Affliate adalah satu bentuk perniagaan dimana terdapat 3 pihak yang terlibat dalam proses jual beli iaitu penjual, anda sebagai affiliate dan juga pembeli. Anda akan jadi wakil jualan kepada produk produk tersebut, apabila anda berjaya buat jualan, anda akan dapat komisyen. Komisyen bergantung kepada nilai yang ditetapkan oleh tuan punya produk.
Contohnya, dalam penjualan ebook. Anda tak perlu nak fikir tentang set up ebook, buat minisite, membuat surat jualan, mengupah orang buat ebook cover dan sebagainya. Segalanya telah disediakan oleh tuan punya ebook. Apa yang perlu anda lakukan hanya buat jualan dan anda dapat komisyen.
Program berkaitan Affliate Marketing:
4. Jual Ebook
Jual Ebook bergantung kepada idea dan plan anda. Terdapat banyak ebook yang boleh anda hasilkan dan jualan ebook akan dipengaruhi oleh niche yang anda sasarkan, kaedah pengiklanan, harga dan kaedah pembayaran.
Jika anda ada idea yang bernas dan berniat nak hasilkan ebook, senang je sekarang. Sebab terdapat ramai freelancer yang boleh anda upah untuk buat minisite, hasilkan surat jualan, buat ecover dan sebagainya. Jadi, kalau ada idea idea unik, cepat cepat la hasilkan ebook sebelum orang lain buat.
Link berkaitan:
5. Consulting ataupun Servis berkaitan
Bergantung kepadah niche anda, anda boleh buat duit dengan offer buat consulting, personal coaching dan sebagainya. Charge yang boleh anda kenakan bergantung kepada ilmu yang anda ada, masa coaching yang anda tawarkan dan jenis coaching yang disediakan. Ada proffesional blogger yang charge sehingga RM6000 untuk coaching dan yang berpatutan seperti RM500+, bergantung coaching yang ditawarkan.
Anda ada kaedah lain Buat Duit Dengan Blog? Mari share kat sini. Sharing is Caring.









11/01/2010
04:41
Tapi bukan senang buat duit dari blog. Perlukan ketekunan dan sabar kerana ambil masa yg agak lama.
Skrg ni I’m blogging because I love to do it. Is’s juat a hobby right now.
[Reply]
syedakmal Reply:
January 13th, 2010 at 00:47
yes setuju. kita blogging just for fun, income2 ni just extra point je. bkn skim cepat kaya. kan bro?
[Reply]
12/01/2010
10:59
Untuk makluman berita terkini contest Berani Gagal boleh diperolehi di denaihati.com
[Reply]