kelebihan perniagaan internet | kuasa forex

Selamat pagi Malaysia! Awal pulak bangun pagi nie on laptop & teruja nak post artikel. Hehe. By the way tahniah untuk Liverpool kerana memperolehi 1 point awal pagi tadi, terima kasih kepada Steven Gerard dengan gol penyamaan melalui tendangan penalti pada minit ke-75. Hmm Liverpool Liverpool. Dapat la jugak point kan.
Ok fokus. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa tiba tiba saya menghasilkan laman web dan bercakap mengenai internet marketing. Saya pasti ramai juga masih tidak yakin dengan kebolehan internet, tapi dengan internet la membolehkan seseorang menjana beribu ribu ringgit sebulan malahan sampai mencecah 5 angka. Fuh! Memang power.
Di sini saya senarai beberapa kelebihan perniagaan internet yang anda WAJIB tahu. Wajib yang saya maksudkan di sini adalah sesuatu yang anda perlu tahu mengenai perniagaan internet. Ia bukanlah sesuatu perbuatan yang berdosa jika tidak dilakukan. Hehe jangan salah faham Ok.
1. Modal Perniagaan Yang Begitu Kecil
Ini merupakan salah satu sebab utama saya memilih perniagaan internet iaitu modal permulaan perniagaan yang amat kecil. Anda boleh membina sebuah perniagaan internet dengan hanya kos sebanyak RM110 setahun sahaja. Ya setahun dan bukannya sebulan. Nak sewa rumah kedai pun minimun rm1500 sebulan. Bukankah itu merupakan kos yang teramat rendah? Risiko pun tak besar.
2. Kos Pemasaran Yang Rendah
Tanpa pemasaran, perniagaan anda tidak akan diketahui pembaca. Inilah kelebihan perniagaan internet. Anda boleh memasarkan produk dan perkhidmatan anda dengan kos pengiklanan yang rendah. Ada yang menawarkan hanya Rm10 sebulan. Yang penting anda tahu tentang traffic sesuatu laman web secara khusus. Makin tinggi traffic makin tinggi peluang untuk orang kenal anda. Nak lagi murah? Kaedah pemasaran percuma pun ada hmm memang kedekut betul. Anda boleh melakukan pemasaran secara percuma melalui forum, blog, facebook, twitter dan sebagainya. Terlampau banyak pilihan untuk anda memasarkan perniagaan anda. Nak tahu cara mudah tarik traffic melalui facebook. Check this out!
3. Prospek & Pelanggan Global
Kalau buka kedai dekat bandar, hanya orang orang dekat bandar je yang kenal anda. Tapi dengan perniagaan internet, bukan sahaja modal dan kos pemasaran yang rendah, malah anda juga mampu memperoleh pelanggan dari seluruh dunia. Yang penting anda tahu teknik yang betul dan tepat. Ia bukan nya sesuatu yang sangat sukar. Fokus fokus fokus.
4. Tidak Memerlukan Kedai & Stok
Anda tidak memerlukan tapak dan kedai secara nyata untuk menjalankan perniagaan. Anda juga tidak memerlukan simpanan stok jika anda menjual produk digital atau perkhidmatan. Segala tapak, kedai dan stok berada di hosting anda.
5. Bekerja Dari Bilik Tidur
Merupakan kerja sambilan anda dan perlu memperuntukkan masa hanya 2-3 jam sehari untuk menguruskan email, tempahan dan kemaskini web hanya dari bilik tidur.
Saya bagi 5 tips dulu la. Yang lain akan saya coretkan pada lain masa. Rajin rajin la stop by baca artikel kat www.syedakmal.com ok.
Good Day!







