aku bukan newbie | aku sedang belajar

By syedakmal On November 17, 2009 Under internet marketing

Newbie… Hmm… Apa itu newbie?

Kalau sesiapa yang memulakan perniagaan internet dan meletak diri mereka sebagai newbie, mindset mereka newbie, segala-galanya newbie, mereka amat sukar untuk melangkah ke hadapan.

Meletak diri sebagai newbie akan menyebabkan:

1. Mudah merendah-rendahkan diri.

2. Rasa seperti tidak cukup ilmu di dada walau telah banyak tahu.

3. Sukar untuk upgrade diri kerana telah lama digelar newbie.

4. Tidak berani ‘mengkritik’ ‘otai’ dengan kritikan yang membina.

5. Mengalami information overload disebabkan diri mahu menjadi lebih pakar, expert & otai.

6. Sentiasa fokus untuk menjadi otai dan bukannya fokus untuk membina bisnes yang berjaya.

7. Pihak lain mudah mempengaruhi anda dengan alasan anda adalah seorang newbie! “Belilah produk saya sebab anda teramat newbie…”.

8. Mudah diperkotak-katikkan. “Kau newbie, aku otai. Kau diam.” Apa lagi newbie dapat cakap?

9. Kurang keyakinan untuk menampilkan diri, belajar dan sebagainya kerana mereka adalah golongan newbie yang tiada apa-apa.

10. Hidup berkelompok-kelompok. Otai dengan otai, newbie dengan newbie. Kalau mahu join ‘kelab otai’, kena jadi otai dahulu baru dapat minum & makan semeja.

11. Newbie mudah dan sering dipersalahkan walaupun sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain. “Awak belum berjaya sebab awak masih newbie.”, “Dia tu newbie, jadi mudahlah dia buat silap”.

12. Tiada keyakinan diri atau segan untuk berkomunikasi dengan orang lain termasuk individu yang dikatakan sebagai ‘otai’.

13. Newbie akan tetap dikenal sebagai newbie sampai bila-bila.

14. Disebabkan oleh istilah newbie inilah ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan apabila si ‘newbie’ itu sedang kesempitan.

15. Newbie adalah satu istilah yang teramat “jelek”.

Dari itu, jangan gelarkan diri anda sebagai newbie dan bertegaslah dengan mereka yang asyik memanggil anda newbie kerana anda tidak mengatakan pun anda adalah newbie.

Jadi, salah satu “penawar” untuk mengelakkan information overload (kecelaruan berilmu) atau mudah diumpan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan adalah, jangan jadi newbie! Selagi anda jadi newbie, selagi itulah mereka akan mengambil peluang dan kesempatan.

Di dalam bidang ilmu, hanya terdapat dua istilah:

1. Mentor (pensyarah, cikgu, trainer, coach, dll..)

2. Pelajar

Saranan saya:

1. Jadi diri kita sendiri. Tidak perlu letak apa-apa gelaran.

2. Bina diri sendiri.

3. Belajar dengan mentor yang tidak ambil kesempatan untuk menjaja nama anda yang kononnya anda berjaya disebabkan mereka. Lain jika anda mengizinkan nama anda digunakan sebagai case study atau testimoni.

4. Elakkan belajar dengan mereka yang sering memuji-muji diri sendiri.

Akhir kata, semua orang adalah hebat. Cungkil dan keluarkan kehebatan itu dengan bimbingan mentor yang ikhlas.

Newbie hanyalah sebentuk ‘propaganda’ agar segolongan orang yang digelar newbie itu dapat dipengaruhi dan dikuasai dengan mudah. Yang ‘otai’ dapat bermaharajalela tanpa boleh disentuh-sentuh, dicuit-cuit atau ditegur-tegur.

Ya, sebelum saya ‘disembur’ oleh segolongan otai, biar saya nafikan di sini. Tidak semua otai begitu. Tetapi… Anda dapat melihat dan menilai sendiri perkara sebegini di arena Internet Marketing tempatan dan luar negara.

Kita adalah sama, cuma pencapaian kita sahaja yang berbeza. Hanya itu sahaja..

Semoga tahun 2010 nanti memberikan sinar baru untuk kita semua.

—-> petikan bernas ini dari laman web saudara SmartZul.

Related Posts with Thumbnails

Bookmark

8 Comments Add yours

  1. tunepal
    17/11/2009
    23:02

    yap. Setiap orang berbeza.

    [Reply]

    akmaltheinternetmarketer Reply:

    ya betul tu. setiap org ada pbezaan sendiri. ada kelebihan ada kekurangan.

    [Reply]

  2. HR
    02/12/2009
    23:41

    Teringat saya akan perbezaan darjat senior-junior semasa di alam persekolahan dahulu. Mentaliti masyarakat sukar dikikis kalo da terbiasa sejak dari kecil.

    [Reply]

    akmaltheinternetmarketer Reply:

    betul betul. junior asyik kena buli je. teringat zaman di sekolah. hehe.

    [Reply]

  3. AmirulMukmin
    14/12/2009
    14:49

    kadang-kadang ada baiknya jadi newbie. Kita x rasa nak mendongak ke langit. Kita akan mula menapak untuk menaiki tangga dengan cermat.

    Bila dah sampai ke puncak, kita tidak lagi hanya menapak. Tapi boleh berlari dengan selesa

    [Reply]

    syedakmal Reply:

    betul apa yang saudara katakan. tapi pendapat saya kadang kadang ada yang berpendapat dia seorang newbie, dan sentiasa berasa sangat newbie hingga dia kurang menonjolkan diri. :)

    [Reply]

  4. Hanafi Abdullah
    31/01/2010
    21:32

    ok…jadi newbie atau masih belajar sama sahaja.Newbie merujuk pada istilah internet manakala masih belajar pula terlalu umum. Orang yang tidak kisah newbie atau masih belajar jika ingin menguasai.Paling penting usaha untuk mengupgrade newbie ke otai internet..salam

    [Reply]

    syedakmal Reply:

    setuju. usaha tu yang penting. bkn panggilan semata semata. :D

    [Reply]

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated