DIKEHENDAKI: Blogger Borneo Yang Kental & Tegar

By syedakmal On June 12, 2010 Under blogging

Salam sejahtera semua,

Pada entri kali ni, adalah untuk mencari Blogger di area Borneo, yang kental saja. Ok? Haha.

Takdela. Sebenarnya, ini adalah berkaitan dengan Smart Blogging daripada saudara Rohaizad. Ini adalah berita baik untuk yang tinggal di area Borneo terutamanya Kuching, Sarawak. Saudara Rohaizad telah bersetuju untuk ke Kuching, Sarawak untuk mengadakan Seminar Smart Blogging (Advance). Oleh itu, saya selaku pihak penganjur dikehendaki mengumpul minimum 15 orang peserta yang berminat & serius untuk menjana pendapatan melalui blog (niche blog).

Siapa itu Rohaizad?
Nama saya Rohaizad Bin Jumat.
Dalam dunia blogging Malaysia, saya lebih dikenali dengan nama Rohaizad sahaja. Saya mula berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2004-2005 dan kini saya adalah seorang fulltime blogger (blogger sepenuh masa).

Saya tidak dilahirkan di dalam keluarga yang handal dalam dunia IT. Walaupun saya pernah menggunakan komputer (untuk menulis surat) tetapi percaya atau tidak, saya memang seorang yang BUTA IT (buta internet).

Tapi sekarang tidak lagi.
Jolokan Problogger yang diberi kepada saya telah membuatkan saya lebih bersemangat. Bukanlah niat hendak mendabik dada tetapi jika kita PERCAYA pada diri sendiri, semua yang kita mahukan Insya Allah boleh dicapai.

Saya juga gembira kerana seorang anak Melayu (yang dahulunya jahil dan buta IT) kini mampu meneroka bidang perniagaan domain. Jadi siapa kata kita tidak boleh?

Rohaizad di Kosmo!
Rohaizad di Majalah IM

sumber: Advance.SeminarBlogging.com

Ok dah tahu kan tentang siapa Rohaizad secara ringkas, sekarang tentang Smart Blogging pulak. Apa syarat-syarat nak join Smart Blogging.

  • Telah mempunyai akaun Paypal (untuk urusan penerimaan USD ).
  • Mempunyai BLOG yang menggunakan DOMAIN sendiri dan pernah menggunakan CPANEL dan FTP.
  • Bersedia untuk meneroka dunia blogging yang sebenar (pendedahan yang anda miliki mengenai Pagerank, Traffik dan SEO adalah BONUS untuk anda!!!)
  • Mempunyai kesabaran kerana BLOGGING bukanlah satu SKIM CEPAT KAYA.
  • Bersedia untuk membuang phobia “saya tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris” (anyway, teknik mudah akan ditunjukkan).

Apa pulak yang akan dipelajari di Seminar Smart Blogging?

  • Pendedahan mengenai dunia blogging dan pengiklanan di internet (internet advertising) -MOTIF DATANG SEMINAR-
  • Recall mengenai Pagerank, SEO, SERP, Backlinks dan TRAFFIK.
  • Kelebihan NICHE blog network.
  • Pemilihan DESIGN, NICHE dan DOMAIN.
  • Teknik BLOGPOST, REVIEW dan kelebihan UPDATE (beserta teknik develop blog (walaupun semua blog yang dibangunkan menggunakan bahasa Inggeris!)
  • Menjana pendapatan dengan program RASMI “make money online” untuk blog yang ada PR.
  • Link Building (rahsia mendapatkan backlinks).
  • Tempoh “bertenang”.
  • Rahsia bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan blog PR0 (boleh mencecah ribuan ringgit dalam sebulan!)
  • Cara dan etika untuk berurusan dengan advertiser di peringkat antarabangsa.
  • Rahsia mendapatkan PR untuk blog tanpa mengeluarkan apa-apa modal.
Testimonial?
Anda boleh dapatkan testimonial dan juga bukti-bukti kejayaan peserta Seminar Blogging di web rasmi Seminar Blogging ataupun di Rohaizad.com. Di bawah ni pulak adalah salah satu video testimonial daripada beberapa peserta Smart Blogging. Enjoyy. :)

Yuran pulak adalah berjumlah RM450 seorang. Seminar akan diadakan selama 1 hari dari pagi sehingga petang, makan minum disediakan. Mengenai tempat dan tarikh, ini akan dimaklumkan kelak sekiranya pihak kami berjaya mencari 15 orang yang berminat untuk menyertai geng Smart Blogging.

mungkinkah yang seterusnya di Kuching, Sarawak?

BERMINAT?
Bagi sesiapa yang berminat ataupun jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh hubungi pihak kami sama ada melalui borang Contact Us ataupun melalui emel ke hello@syedakmal.com.

Rujukan:
Web rasmi Seminar Blogging.
Laporan ringkas seminar Smart Blogging terakhir, 25 April 2010 di UTM Skudai, Johor.
Baca lebih lanjut mengenai Seminar Smart Blogging di Rohaizad.com.

Blogging sememangnya boleh dijadikan sebagai satu “part time income” kerana ianya telah terbukti. Di mana-mana ceruk dan rantau, ramai yang telah menjana pendapatan secara online hanya dari blog yang mereka ada.

Related Posts with Thumbnails

Bookmark

3 Comments Add yours

  1. hasbulaqill
    17/06/2010
    16:26

    fuh, byk income online. ebay, flippa, fiverr. latest blogging plak.

    [Reply]

    syedakmal Reply:

    hehe. cari rezeki bro. :)

    [Reply]

    reezluv Reply:

    tu la pasal..pergh..banyak gile..semua buat seh..:D

    [Reply]

Add a comment

  • Avatars are handled by Gravatar
  • Comments are being moderated