About
Hola pembaca, nama saya Syed Akmal. Saya baru sahaja mula menjinakkan diri dalam dunia ‘internet marketing’ ataupun sebagai usahawan internet. Saya adalah seorang yang amat menggemari dunia siber. Setelah sekian lama berangan-angan untuk memiliki laman web sendiri, akhirnya pada 8 November 2009 telah tercipta lah www.syedakmal.com hasil usaha saya dan hasil diskusi dengan para senior Internet Marketer. Saya secara ringkas nya adalah rakyat Malaysia berasal daripada bandaraya Kuching, Sarawak. Kamek tok miak Kuching bha.
Menuntut ilmu di SRK A Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dari tahun 1995-2000 dan kemudian nya berjaya memasuki SMK A Tun Ahmad Zaidi, 2001-2005. Proses menimba ilmu kemudian ke Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun 2006/2007. Pada 2008/2009 pula saya ke Bandaraya Bersejarah Melaka, Malaysian Flying Academy untuk merealisikan impian menjadi seorang juruterbang.
Dan sekarang? Internet Marketer! separuh masa je la hehehe.
Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi segala yang termampu mengenai dunia internet dan dunia luar. Apa-apa sahaja yang saya rasakan sesuai akan ditulis dan di post di www.syedakmal.com untuk tatapan pembaca semua. Harap anda berpuas hati dengan apa yang akan saya coretkan di laman web ini.
Itu sahaja secara ringkasnya. Good Day!







