6 Mar
2010

Apa itu Flippa?

Ok, Flippa senang citer adalah tempat jual dan beli website. Sapa-sapa yang ada website & tak dapat nak uruskan lagi dah, make sure dlm english la, anda boleh jual kat Flippa. Tempat lain ada gak seperti ebay, Sitepoint etc. Tapi, apa yg unik tentang Flippa? Menurut Google Ad Planner, akan ada sekurang-kurang nya 20666.67 unique visitor sehari akan melayari Flippa. So peluang untuk anda dapat bid dari visitor adalah sangat tinggi. Yang penting, adalah Niche blog anda & juga beberapa perkara unik yang akan menarik perhatian visitor untuk bid (akan dibincang di post akan datang).  Anda boleh rujuk screenshot Google Ad Planner kat bawah, anda boleh lihat visitor ke Flippa bertambah dengan mendadak dari Julai 2009 sehingga sekarang. So anda dah boleh agak betapa ramai nya ready customer akan view listing blog anda.

25 Feb
2010

Kaedah terbaru dan paling mudah daftar Adsense!

Hohohoh semua memang dah tau kan, memang susah Google nak approve akaun Adsense sekarang. Dulu sekejap je dah dapat lulus dah. Sekarang ni kalau kena reject sekali dua tu memang dah normal sangat sangat dah. Haha. Artikel kali ni aku nak tulis tentang panduan paling terbaru untuk daftar Adsense. Bukan guna Blogspot, Flixya, Docstoc dan lain-lain yang dah biasa kena reject, hahaha. Ni guna Indyarocks. Aku dapat maklumat ni dari blog Syed Ikhwan.

Caranya adalah dengan register melalui IndyaRocks.com, IndyaRocks ni macam Social Networking jugak la, macam Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan lain lain.

9 Feb
2010

Nak hosting Hostgator $0.01? Tidak lagi, sekarang PERCUMA!

Hello Geng,

Ni aku nak kongsi satu berita best. Tadi aku ushar ushar nak beli domain kat Hostgator, biasala kalau beli domain kat Hostgator mesti nak cari kupon kan, WAJIB! Hahaha. So mcm biasa la aku ada jumpa kupon yang 20% diskaun, kupon $0.01. Pastu terjumpa benda baik, hosting PERCUMA! Ya hosting percuma dekat Hostgator. Jangan lepaskan peluang ni. Bagi korang yang tengah guna blogspot tu, nak plan beli domain baru .com sendiri, ni la time paling perfect. Aku pun dah beli tadi satu domain, untuk projek baru (14 days Challenge project, ni insyaAllah akan diberitahu kelak). Kalau projek ni berjaya, insyaAllah aku kongsi kat korang. :D

8 Feb
2010

Datuk Chef Wan dapat anugerah Datuk lagi sekali?

Datuk Chef Wan @ Datuk Redzuawan Ismail memang power! Baru je haritu 1 Februari 2010, Chef Wan dianugerahkan pangkat Datuk yang di’kurniakan oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Baru je genap 8 hari jadi Datuk Chef Wan, pada 8 Februari pulak beliau mendapat berita baik dengan menerima pangkat Datuk sekali lagi. Hebat bukan? Hohohoh. Kali ini, beliau mendapat berita baik ini dari anak beliau sendiri, Serina. Serina yang baru melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari 2010 dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar telah disahkan hamil petang semalam jam 5 ptg, sumber dari . Hoho tahniah Serina dan Salahudin. Tahniah jugak dekat Datuk Chef Wan!

8 Feb
2010

Rakyat Malaysia Memang Pemurah, Mari Bantu Adik Ammar

Mari Bantu Adik Ammar! Itu yang aku nak bagitau pada entri kali ini. Just keep it short and simple. Tadi aku belek belek dekat GengBlogger.com, pastu tepanggil pulak rasa nak tulis entri ni. Kempen Bantu Adik Ammar adalah satu satu Projek Amal Nuffnang, A Nuffnang Charity Project, untuk bantu Adik Ammar yang menghidap masalah jantung (PDA) pada umur 2 tahun. Kos rawatan untuk penyakit si kecil ini mencecah RM12 000.00. Anda boleh baca blog ibu Adik Ammar untuk bacaan lanjut.

Masukkan Nama dan Email anda untuk mendapatkan ebook secara percuma dan update blog